SEJARAH PEMBENTUKAN MASYARAKAT MAJMUK DI MALAYSIA

MPU21032-PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN
Nama Pensyarah : Mohd Faizal
Nama Ahli Kumpulan:
- Muhammad Afiq Bin Mohd Shukri (11DKM21F1040)
- Mohamad Nashrul Haziq Bin Nasharudin (11DKM21F1022)
- Muhammad Adiey Irfan Bin Zaidi (11DKM21F1036)
- Mohd Aiman Haikal Bin Bahari (11DKM212F1037)
OBJEKTIF BLOG
Isi Kandungan:
- Pengenalan
- Sejarah dan latar belakang pembentukkan masyarakat majmuk di Malaysia
- Halangan pembentukkan masyarakat majmuk di Malaysia
- Kesan pembentukan masyarakat majmuk di Malaysia
- Implikasi terhadap kemajuan negara
- Peristiwa rusuhan kaum
- Kesimpulan
PENGENALAN
SEJARAH & LATAR BELAKANG PEMBENTUKAN MASYARAKAT MAJMUK DI MALAYSIA
HALANGAN PEMBENTUKAN MASYARAKAT MAJMUK DI MALAYSIA
KESAN PEMBENTUKAN MASYARAKAT MAJMUK DI MALAYSIA
Menurut Mothy dalam slideshare yang bertajuk Implikasi tidak wujud perpaduan kaum dan integrasi nasional di Malaysia. Salah satu kesannya adalah keharmonian negara terjejas. Keharmonian negara terjejas bermaksud tidak ada kesepaduan di kalangan rakyat. Contohnya, rakyat tidak mempunyai matlamat yang serupa dan tidak dikongsikan bersama. ini boleh menyebabkan keamanan negara, integrasi di peringkat wilayah dan kaum hidup dalam harmoni, keadilan, kerjasama sesama masyarakat dan dedikasi masyarakat kepada negara tidak dipupuk serta disempurnakan dengan jaya. Seperti mana yang kita tahu bahawa semua masyarakat inginnya keamanan dan keharmonian namun sia-sia tanpa usaha daripada pihak pentadbiran negara untuk memupuk perpaduan dan integrasi nasional dalam negara.
Kesan yang kedua ialah wujudnya masyarakat yang tidak bermoral, tidak bertolak ansur, tidak beretika, tidak kukuh dalam nilai agama dan kejiwaan. Apabila tidak wujud perpaduan maka secara tidak langsung akan wujud masyarakat yang tidak bermoral dan bertolak ansur. Apabila wujud masyarakat seperti ini pergaduhan dan pertelingkahan di kalangan rakyat boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja. Hal ini tidak boleh dibiarkan kerana sekiranya tidak dibendung, ia boleh menyebabkan kematian akibat pergaduhan yang teruk. Masalah adalah etnik sangat sensitif sekiranya tidak dihadapi yang teliti.
Kesan yang ketiga ialah dalam aspek sosial. Aspek sosial memang tidak dapat disangkal sebagai satu cabaran besar yang perlu dihadapi. Tanpa perpaduan komunikasi di antara rakyat tidak berlaku. Tanpa komunikasi antara rakyat masalah perpaduan sukar untuk dihadapi. Contohnya, sekiranya aspek sosialisme tidak wujud dalam negara akan wujud kelompok-kelompok kecil di mana kelompok-kelompok ini menunjukkan jurang di antara masyarakat dalam negara. Jurang antara masyarakat membawa simbol tidak perpaduan di dalam negara ini sekaligus menyebabkan negara-negara lain akan memandang rendah kerana tiada keamanan dalam negara. Kesimpulannya, konteks sosialisme adalah penting dalam negara.
IMPLIKASI TERHADAP KEMAJUAN NEGARA
Menurut Mohamad Faiza Bin Ibrahim dalam slideshare yang bertajuk Konsep Masyarakat Majmuk. Dasar Inggeris terhadap Tanah Melayu dapat dilihat daripada beberapa tindakan pemerintah Inggeris terhadap kedatangan orang-orang asing ke Tanah Melayu. Dalam hal ini ia dapat menentukan persoalan bagaimana Inggeris membantu mewujudkan masyarakat Malaysia yang majmuk. Keadaan ini bukan sahaja memberi kesan terhadap kemajmukan ras, tetapi merangkumi pelbagai aspek dalam politik dan sosial.
i. Politik
Sejak tahun 1874 dasar imigrasi Inggeris berbentuk bebas iaitu tidak mempunyai sekatan terhadap kemasukan orang asing. Dalam hal ini Inggeris seolah-olah menggalakkan kemasukan orang asing melalui sistem sistem kemasukan seperti kontrak, dan bebas. Hal ini berbeza dengan tindakan Inggeris pada 1930an, dengan Inggeris memperketatkan dan menguatkuasa dasar imigrasi dengan bertindak menghantar pulang orang-orang imigran balik ke negara asal mereka. Selain itu, undang-undang imigrasi pada tahun 1930an juga menghalang kemasukan baru orang asing ke Tanah Melayu Seperkara yang menarik tiadanya sekatan terhadap kemasukan orang asing ke negara ini sebelum undang-undang imigrasi 1930an disebabkan oleh keperluan Inggeris untuk mendapatkan tenaga buruh bagi menrancakkan ekonomi perlombongan dan peladangan selain buruh bagi melaksanakan pembinaan prasarana baru seperti pembinaan jalan keretapi dan jalan raya.
Keadaan ini diperkukuhkan lagi dengan kewujudan jabatan Perlindungan Orang Asing bagi melindungi para buruh imigran daripada tindasan dan penganiayaan para kongsi gelap mahupun majikan. Dengan wujudnya jabatan ini, ini bermakna buru-buruh ini dilindungi oleh pemerintah Inggeris dan ia menunjukkan bahawa seolah-olah kerajaan Inggeris menggalakkan kemasukan buruh asing. Ini juga menjelaskan bahawa terdapat tindakan dan dasar kerajaan Inggeris mempastikan mereka tidak kehilangan buruh bagi menjana ekonomi Tanah Melayu. Hal ini diperkukuhkan lagi dengan kewujudan undang-undang buruh yang memerlukan para majikan untuk memberikan kemudahan yang sepatutnya kepada buruh imigran ini. Dengan keadaan ini ia bukan sahaja menggalakkan kemasukan buruh asing, tetapi menggalakkan mereka untuk tidak pulang ke negara asal mereka. Hal ini terbukti semasa kemelesetan ekonomi 1927-1932 orang-orang asing ini keberatan untuk pulang ke negara asal mereka dan ini menjadi masalah kepada pemerintah Inggeris
Oleh itu, merujuk dasar-dasar pemerintahan Inggeris ini membuktikan bahawa kewujudan masyarakat majmuk di negara ini adalah hasil pelaksanaan dasar yang berkehendakkan buruh imigran bagi menjana ekonomi dan membolehkan penjajah mendapat keuntungan ekonomi dengan tidak mengambil kira permasalahan yang dihadapi oleh masyarakat pribumi.
ii. Ekonomi
Dasar ekonomi komersial, kapitalisme dan bebas yang berlaku menyebabkan perubahan sistem daripada sara diri kepada sistem komersial. Oleh hal ini, pembukaan tanah dan ladang serta peningkatan pelombongan bijih timah telah banyak berlaku mendorong kepada wujudnya sistem ekonomi moden berteraskan industri berasaskan buruh. Disebabkan hal ini maka keperluan pemodenan prasarana baru yang memerlukan tenaga buruh di perkenalkan dan berlakulah kemasukan buruh-buruh asing. Selain itu, kerajaan telah menjalankan pelbagai usaha dan strategi untuk memberi peluang kepada masyarakat Melayu dan bumiputera agar bergiat aktif dalam sektor ekonomi. Pembangunan ekonomi negara kita dilakukan dengan mengambil kira kedudukan masyarakat yang dilihat berperingkat agar lebih seimbang melalui dasar-dasar kerajaan dari dulu hingga sekarang.
iii. Sosial
Penekanan aspek ini lebih dijuruskan kepada Dasar pendidikan pemerintahan Inggeris. Melalui dasar ini dapat dijelaskan lagi bagaimana wujudnya masyarakat majmuk di Malaysia. Melalui dasar pendidikan yang berteraskan negara ibunda, Inggeris menggalakkan lagi perbezaan kaum dan ia juga melebarkan lagi jurang perpaduan di Malaysia. Hal ini dapat dilihat melalui tindakan Inggeris yang tidak menyeragamkan sukatan pendidikan dan pendidikan guru. Sebagai kesan daripada keadaan ini wujud sukatan pendidikan yang berbeza serta keperluan guru berasaskan tindakan komuniti setiap kaum di Malaysia.
Sebagai contohnya setiap kaum mengambil inisiatif dengan mengikut sukatan pendidikan serta mengambil para guru dari negara asal mereka. Keadaan ini menjelaskan bahawa Inggeris tidak mempunyai agenda bagi menghalang ketidakseragaman dalam dasar pendidikan mereka. Bagi orang-orang Melayu ia hanya mendapat pendidikan kemahiran bagi mengerjakan kerja-kerja sara diri sahaja dan tidak memberi peluang untuk mendapatkan kemahiran dan ilmu akedemik. Walaupun wujud keadaan ini ia dikhaskan kepada anak-anak para bangsawan Melayu sahaja. Dalam hal ini, keadaan dasar ini sebenarnya menggalakkan lagi kemasukan orang asing kerana mereka tahu bahawa mereka masih lagi memperoleh pendidikan walaupun di negara asing. Ini juga menjelaskan lagi bahawa Inggeris sebenarnya menggalakkan kemasukan mereka dan menjaga kebajikan mereka bagi keuntungan ekonomi penjajah.
Selain itu, kerajaan British telah membina jaringan jalan perhubungan dan pengangkutan seperti jalan kereta api dan jalan raya. Sistem jalan pengangkutan tersebut menghubungkan antara ladang getah dan lombong bijih timah dengan kilang mahupun pelabuhan. Hal ini telah menyebabkan perkembangan sistem pengangkutan dan perhubungan di Tanah Melayu.

PERISTIWA RUSUHAN KAUM 13 MEI 1969
Menurut Shahsukanulis dalam Wikipedia yang bertajuk Peristiwa 13 Mei
Pengenalan
Peristiwa 13 Mei pada tahun 1969 ialah rusuhan kaum yang berlaku dan kemuncak masalah perpaduan di Malaysia. Tragedi ini yang mengakibatkan kehilangan nyawa serta harta benda dan mempunyai kaitan yang rapat dengan "Pilihan Raya Umum 1969" merupakan satu titik hitam dalam sejarah negara Malaysia.
Latar belakang
Isu perkauman dalam pilihan raya 1969.Semasa kempen Pilihan Raya 1969, calon-calon pilihan raya serta ahli-ahli politik dari kalangan parti pembangkang, telah membangkitkan soal-soal Bangsa Malaysia berkaitan dengan Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu), kedudukan istimewa orang Melayu sebagai (Bumiputra) dan hak kerakyatan orang bukan Melayu. Hal ini telah memberi kesempatan kepada ahli-ahli politik yang ingin mendapatkan faedah dalam pilihanraya.
Pembangkang meraikan kemenangan
Peristiwa ini berlaku berikutan pengumuman keputusan Pilihanraya Umum pada 10 Mei 1969. Dr. Tan Chee Khoon dari parti Gerakan telah menang besar di kawasan Batu, Selangor. Beliau minta kebenaran polis untuk berarak meraikan kemenangan parti tersebut di Selangor yang menyaksikan 50:50 di Selangor. Perarakan tersebut menyebabkan kesesakan jalan raya di sekitar Kuala Lumpur. Perarakan hingga ke Jalan Campbell dan Jalan Hale dan menuju ke Kampung Baru. Sedangkan di Kampung Baru, diduduki lebih 30,000 orang Melayu yang menjadi kubu UMNO, berasa terancam dengan kemenangan pihak pembangkang. Di sini letaknya rumah Menteri Besar Selangor ketika itu, Dato' Harun Idris.
Dikatakan kaum Cina yang menang telah berarak dengan mengikat penyapu kepada kenderaan mereka sebagai lambang kemenangan mereka menyapu bersih kerusi sambil melaungkan slogan. Ada pula pendapat yang mengatakan penyapu tersebut sebagai lambang mereka akan menyapu ('menyingkir') orang-orang Melayu ke laut. Dalam masyarakat Melayu, penyapu mempunyai konotasi yang negatif (sial). Ada yang mencaci dan meludah dari atas lori ke arah orang Melayu di tepi-tepi jalan.
Perarakan kematian Cina
Akibat daripada rusuhan maut tersebut, kesesakan jalanraya turut berlaku.
Di Jinjang, Kepong, kematian seorang Cina akibat sakit tua diarak sepanjang jalan dengan kebenaran polis. Namun perarakan kematian bertukar menjadi perarakan kemenangan pilihan raya dengan menghina Melayu.
Pada hari Selasa 13 Mei, Yeoh Tech Chye selaku Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia yang bertanding untuk Gerakan memohon maaf di atas ketelanjuran ahli-ahlinya melakukan kebiadapan semasa perarakan. Yeoh menang besar di kawasan Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Tapi permohonan maaf sudah terlambat.
Rumah Menteri Besar Selangor
UMNO telah mengadakan perarakan balas pada pagi 13 Mei 1969 yang mengakibatkan terjadinya peristiwa ini.
Orang Melayu berkumpul di rumah Menteri Besar Selangor di Jalan Raja Muda Abdul Aziz di Kampung Baru, Kuala Lumpur. Dato' Harun Idris selaku Menteri Besar Selangor ketika itu cuba mententeramkan keadaan. Rupa-rupanya, mereka yang berkumpul telah membawa senjata pedang dan parang panjang dan hanya menunggu arahan daripada Dato' Harun Idris untuk mengamuk.
Cerita-cerita seperti ini yang tidak diketahui sama ada benar atau tidak telah menyemarakkan lagi api permusuhan di antara Melayu dan Cina. Rusuhan besar terjadi. Perintah darurat dikeluarkan, semua orang tidak dibenarkan keluar dari rumah. Pasukan polis berkawal di sekitar Kuala Lumpur. Tentera dari Rejimen Renjerlebih awal dikerahkan menjaga keselamatan sekitar Kuala Lumpur.
Namun rusuhan kaum tidak terjadi di Kelantan, Terengganu dan Pahang. Di Perak, Kedah, Pulau Pinang serta Perlis tiada sebarang pergaduhan. Negeri Johor danNegeri Sembilan juga tidak terjadi apa-apa kerana telah diberi amaran oleh PKM. Cuma ada sedikit kekecohan di Melaka. Di Betong ada tembakan dilepaskan oleh PKM dan mereka memberi amaran jika askar melayu menembak orang cina, mereka akan memberi senjata api kepada orang cina.
Ada yang menyifatkan pergaduhan ini sebenarnya adalah pergaduhan "politik" Datuk Harun dengan sokongan Tun Razak yang tidak berpuas hati dengan Tunku Abdul Rahman bukannya perkauman kerana pemimpin cina Parti Perikatan seperti, Tan Siew Sin, Ong Yoke Lin telah "lari" bersama dengan Tunku Abdul Rahman ke Cameron Highlands. Sebelum peristiwa itu masyarakat Melayu dan Cina boleh hidup dalam keadaan yang harmoni. Seperti dinyatakan pergaduhan tidak belaku di negeri seperti Kelantan, Pahang dan Kedah. Jika ia merupakan isu perkauman, pastinya pada hari itu orang cina dan melayu akan berbunuhan sesama sendiri di negeri tersebut seperti di selatan thai.
Persepsi
Kalangan orang melayu mempunyai pandangan yang negatif terhadap kaum cina yang dilihat sebagai tidak mengenang budi dengan taraf kerakyatan yang diberikan pada mereka pasca kemerdekaan. Persepsi negatif masyarat Melayu terhadap kaum Cina juga berlaku kerana orang Cina merupakan majoriti menganggotai pasukan Bintang Tiga yang ingin menjadikan negara ini sebagai negara komunis berpaksikan negara komunis China.
Bagaimanapun ia hanyalah merupakan suatu pendapat sahaja atau cerita dari sebelah pihak lagi yang belum lagi pernah dibuktikan kesahihan atau sebaliknya.
Mageran
Negara diisytiharkan darurat pada malam 16 Mei 1969. Dengan pengistiharan ini, Perlembagaan Persekutuan telah digantung. Negara diperintah secara terus oleh Yang DiPertuan Agong dibawah undang-undang tentera. Dalam pada itu, Majlis Gerakan Negara (Mageran) telah dibentuk. Tunku Abdul Rahman telah menarik diri dari mengetuai majlis tersebut. Tempat beliau telah digantikan oleh Timbalan Perdana Menteri Tun Abdul Razak. Berikutan itu, Parlimen juga digantung.
Sepanjang tempoh darurat, Mageran telah melakukan pelbagai tindakan untuk mencari punca dan penyelesaian agar tragedi tersebut tidak berulang. Antara tindakan yang diambil ialah membentuk satu Rukun Negara bagi meningkatkan kefahaman rakyat tentang perlembagaan negara. Turut dilakukan ialah melancarkan Dasar Ekonomi Baru untuk menghapuskan pengenalan kaum dengan satu aktiviti ekonomi dan membasmi kemiskinan tegar dan membentuk Barisan Nasional yang bersifat sebagai sebuah kerajaan perpaduan.
Kesimpulan Peristiwa Rusuhan Kaum 13 Mei 1969
Peristiwa berdarah rusuhan kaum paling dahsyat di negara ini pada 13 Mei 1969, perlu menjadi pengajaran betapa pentingnya masyarakat berbilang kaum di negara ini untuk terus bersatu padu dan hidup dalam harmoni. Peristiwa 13 Mei memberi peringatan tentang kebenaran peribahasa kalah jadi abu, menang jadi arang kerana konflik itu merugikan semua kaum, selain menjejaskan imej negara di persada antarabangsa. Peristiwa ini perlu selalu diperingat kepada rakyat agar kita semua bukan sahaja perlu muhasabah diri pada setiap masa, lebih penting lagi ialah kita hendaklah memastikan ia tidak berulang lagi dengan menentukan hubungan etnik sentiasa baik.
Kewujudan masyarakat majmuk di Malaysia merupakan satu anugerah tuhan yang mempunyai hikmah disebaliknya.Oleh itu,kepelbagaian yang dimiliki kini perlu dipelihara dan setiap kaum perlu mengambil peluang ini untuk mengenal antara satu sama lain.Sebagai rakyat Malaysia,kita perlu memahami dan mempelajari serta mengetahui hakikat kewujudan setiap kaum di negara ini agar timbul persefahaman dan tolak ansur antara kaum.Setiap kaum perlu bersama membangunkan negara pada masa ini dan masa akan datang dan menjadi peristiwa lalu sebagai sempadan dan pengajaran untuk pembentukkan negara bangsa Malaysia yang mantap dan'tidak rapuh dimamah zaman'.
KESIMPULAN
Tuntasnya, kemasukan migran luar ke Tanah Melayu pada abad ke-18 telah menyebabkan pembentukan masyarakat majmuk di Malaysia. Proses ini berterusan sehingga penjajahan British di Tanah Melayu. Oleh itu, wujud masyarakat berbilang kaum, ras, etnik dan bangsa di Malaysia. Kehadiran kelompok-kelompok ini menjadikan Malaysia sebuah negara yang kaya dengan budaya, adab resam, bahasa dan latar berlakang kebudayaan yang berlainan dan menjadikan negara ini menjadi tarikan masyarakat luar.
Pada hari ini, masyarakat majmuk di Malaysia telah terjadi secara tidak sengaja. Pada awal abad ke-19, lebih 90% penduduk Tanah melayu adalah melayu. Namun pada pertengahana abad ke 19, penghijrahan masuk kaum Cina dan India secara beramai-ramai ekoran daripada Dasar Leberal Inggeris di Tanah Melayu.
Kemasukan imigran di dunia Melayu meninggalkan banyak kesan, sama ada kesan positif mahupun kesan negatif. Ia bergantung kepada carabagaimana kita melihat dan mentafsir kedatangan mereka. Namun kehadiran masyarakat luar ke Tanah Melayu telah mencorakkan perspektif masyarakat Melayu, membentuk budaya baru, mempertingkatkan daya saing dalam sektor ekonomi, melahirkan dimensi baru struktur politik rakyat dan sebagainya. Pada hari ini, masyarakat majmuk di malaysia terjadi secara tidak sengaja. Pada awal abad ke-19, lebih 90% penduduk di tanah melayu adalah melayu.
Masyarakat majmuk di Malaysia terdiri dari pelbagai etnik yang dikategorikan mengikut cara hidup, pola penempatan, pekerjaan dan pendidikan.Terdapat lebih 80 kaum di seluruh Malaysia. Daripada keseluruhan bangsa tersebut, terdapat tiga bangsa yang paling utama iaitu Melayu, India dan Cina dan pelbagai etnik yang lain.
Diharapkan kita sebagai rakyat di bawah bumbung Malaysia agar bersatu padu dan mengambil iktibar di atas apa yang rakyat negara kita telah tempuhi di masa yang lepas dan sama-sama kita menjaga apa sahaja yang kita kecapi masakini.
RUJUKAN
Menurut Shahsukanulis dalam Wikipedia yang bertajuk Peristiwa 13 Mei
Pengenalan
Peristiwa 13 Mei pada tahun 1969 ialah rusuhan kaum yang berlaku dan kemuncak masalah perpaduan di Malaysia. Tragedi ini yang mengakibatkan kehilangan nyawa serta harta benda dan mempunyai kaitan yang rapat dengan "Pilihan Raya Umum 1969" merupakan satu titik hitam dalam sejarah negara Malaysia.
Latar belakang
Isu perkauman dalam pilihan raya 1969.Semasa kempen Pilihan Raya 1969, calon-calon pilihan raya serta ahli-ahli politik dari kalangan parti pembangkang, telah membangkitkan soal-soal Bangsa Malaysia berkaitan dengan Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu), kedudukan istimewa orang Melayu sebagai (Bumiputra) dan hak kerakyatan orang bukan Melayu. Hal ini telah memberi kesempatan kepada ahli-ahli politik yang ingin mendapatkan faedah dalam pilihanraya.
Pembangkang meraikan kemenangan
Peristiwa ini berlaku berikutan pengumuman keputusan Pilihanraya Umum pada 10 Mei 1969. Dr. Tan Chee Khoon dari parti Gerakan telah menang besar di kawasan Batu, Selangor. Beliau minta kebenaran polis untuk berarak meraikan kemenangan parti tersebut di Selangor yang menyaksikan 50:50 di Selangor. Perarakan tersebut menyebabkan kesesakan jalan raya di sekitar Kuala Lumpur. Perarakan hingga ke Jalan Campbell dan Jalan Hale dan menuju ke Kampung Baru. Sedangkan di Kampung Baru, diduduki lebih 30,000 orang Melayu yang menjadi kubu UMNO, berasa terancam dengan kemenangan pihak pembangkang. Di sini letaknya rumah Menteri Besar Selangor ketika itu, Dato' Harun Idris.
Dikatakan kaum Cina yang menang telah berarak dengan mengikat penyapu kepada kenderaan mereka sebagai lambang kemenangan mereka menyapu bersih kerusi sambil melaungkan slogan. Ada pula pendapat yang mengatakan penyapu tersebut sebagai lambang mereka akan menyapu ('menyingkir') orang-orang Melayu ke laut. Dalam masyarakat Melayu, penyapu mempunyai konotasi yang negatif (sial). Ada yang mencaci dan meludah dari atas lori ke arah orang Melayu di tepi-tepi jalan.
Perarakan kematian Cina
Akibat daripada rusuhan maut tersebut, kesesakan jalanraya turut berlaku.
Di Jinjang, Kepong, kematian seorang Cina akibat sakit tua diarak sepanjang jalan dengan kebenaran polis. Namun perarakan kematian bertukar menjadi perarakan kemenangan pilihan raya dengan menghina Melayu.
Pada hari Selasa 13 Mei, Yeoh Tech Chye selaku Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia yang bertanding untuk Gerakan memohon maaf di atas ketelanjuran ahli-ahlinya melakukan kebiadapan semasa perarakan. Yeoh menang besar di kawasan Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Tapi permohonan maaf sudah terlambat.
Rumah Menteri Besar Selangor
UMNO telah mengadakan perarakan balas pada pagi 13 Mei 1969 yang mengakibatkan terjadinya peristiwa ini.
Orang Melayu berkumpul di rumah Menteri Besar Selangor di Jalan Raja Muda Abdul Aziz di Kampung Baru, Kuala Lumpur. Dato' Harun Idris selaku Menteri Besar Selangor ketika itu cuba mententeramkan keadaan. Rupa-rupanya, mereka yang berkumpul telah membawa senjata pedang dan parang panjang dan hanya menunggu arahan daripada Dato' Harun Idris untuk mengamuk.
Cerita-cerita seperti ini yang tidak diketahui sama ada benar atau tidak telah menyemarakkan lagi api permusuhan di antara Melayu dan Cina. Rusuhan besar terjadi. Perintah darurat dikeluarkan, semua orang tidak dibenarkan keluar dari rumah. Pasukan polis berkawal di sekitar Kuala Lumpur. Tentera dari Rejimen Renjerlebih awal dikerahkan menjaga keselamatan sekitar Kuala Lumpur.
Namun rusuhan kaum tidak terjadi di Kelantan, Terengganu dan Pahang. Di Perak, Kedah, Pulau Pinang serta Perlis tiada sebarang pergaduhan. Negeri Johor danNegeri Sembilan juga tidak terjadi apa-apa kerana telah diberi amaran oleh PKM. Cuma ada sedikit kekecohan di Melaka. Di Betong ada tembakan dilepaskan oleh PKM dan mereka memberi amaran jika askar melayu menembak orang cina, mereka akan memberi senjata api kepada orang cina.
Ada yang menyifatkan pergaduhan ini sebenarnya adalah pergaduhan "politik" Datuk Harun dengan sokongan Tun Razak yang tidak berpuas hati dengan Tunku Abdul Rahman bukannya perkauman kerana pemimpin cina Parti Perikatan seperti, Tan Siew Sin, Ong Yoke Lin telah "lari" bersama dengan Tunku Abdul Rahman ke Cameron Highlands. Sebelum peristiwa itu masyarakat Melayu dan Cina boleh hidup dalam keadaan yang harmoni. Seperti dinyatakan pergaduhan tidak belaku di negeri seperti Kelantan, Pahang dan Kedah. Jika ia merupakan isu perkauman, pastinya pada hari itu orang cina dan melayu akan berbunuhan sesama sendiri di negeri tersebut seperti di selatan thai.
Persepsi
Kalangan orang melayu mempunyai pandangan yang negatif terhadap kaum cina yang dilihat sebagai tidak mengenang budi dengan taraf kerakyatan yang diberikan pada mereka pasca kemerdekaan. Persepsi negatif masyarat Melayu terhadap kaum Cina juga berlaku kerana orang Cina merupakan majoriti menganggotai pasukan Bintang Tiga yang ingin menjadikan negara ini sebagai negara komunis berpaksikan negara komunis China.
Bagaimanapun ia hanyalah merupakan suatu pendapat sahaja atau cerita dari sebelah pihak lagi yang belum lagi pernah dibuktikan kesahihan atau sebaliknya.
Mageran
Negara diisytiharkan darurat pada malam 16 Mei 1969. Dengan pengistiharan ini, Perlembagaan Persekutuan telah digantung. Negara diperintah secara terus oleh Yang DiPertuan Agong dibawah undang-undang tentera. Dalam pada itu, Majlis Gerakan Negara (Mageran) telah dibentuk. Tunku Abdul Rahman telah menarik diri dari mengetuai majlis tersebut. Tempat beliau telah digantikan oleh Timbalan Perdana Menteri Tun Abdul Razak. Berikutan itu, Parlimen juga digantung.
Sepanjang tempoh darurat, Mageran telah melakukan pelbagai tindakan untuk mencari punca dan penyelesaian agar tragedi tersebut tidak berulang. Antara tindakan yang diambil ialah membentuk satu Rukun Negara bagi meningkatkan kefahaman rakyat tentang perlembagaan negara. Turut dilakukan ialah melancarkan Dasar Ekonomi Baru untuk menghapuskan pengenalan kaum dengan satu aktiviti ekonomi dan membasmi kemiskinan tegar dan membentuk Barisan Nasional yang bersifat sebagai sebuah kerajaan perpaduan.
Kesimpulan Peristiwa Rusuhan Kaum 13 Mei 1969
Peristiwa berdarah rusuhan kaum paling dahsyat di negara ini pada 13 Mei 1969, perlu menjadi pengajaran betapa pentingnya masyarakat berbilang kaum di negara ini untuk terus bersatu padu dan hidup dalam harmoni. Peristiwa 13 Mei memberi peringatan tentang kebenaran peribahasa kalah jadi abu, menang jadi arang kerana konflik itu merugikan semua kaum, selain menjejaskan imej negara di persada antarabangsa. Peristiwa ini perlu selalu diperingat kepada rakyat agar kita semua bukan sahaja perlu muhasabah diri pada setiap masa, lebih penting lagi ialah kita hendaklah memastikan ia tidak berulang lagi dengan menentukan hubungan etnik sentiasa baik.
Kewujudan masyarakat majmuk di Malaysia merupakan satu anugerah tuhan yang mempunyai hikmah disebaliknya.Oleh itu,kepelbagaian yang dimiliki kini perlu dipelihara dan setiap kaum perlu mengambil peluang ini untuk mengenal antara satu sama lain.Sebagai rakyat Malaysia,kita perlu memahami dan mempelajari serta mengetahui hakikat kewujudan setiap kaum di negara ini agar timbul persefahaman dan tolak ansur antara kaum.Setiap kaum perlu bersama membangunkan negara pada masa ini dan masa akan datang dan menjadi peristiwa lalu sebagai sempadan dan pengajaran untuk pembentukkan negara bangsa Malaysia yang mantap dan'tidak rapuh dimamah zaman'.
KESIMPULAN
Tuntasnya, kemasukan migran luar ke Tanah Melayu pada abad ke-18 telah menyebabkan pembentukan masyarakat majmuk di Malaysia. Proses ini berterusan sehingga penjajahan British di Tanah Melayu. Oleh itu, wujud masyarakat berbilang kaum, ras, etnik dan bangsa di Malaysia. Kehadiran kelompok-kelompok ini menjadikan Malaysia sebuah negara yang kaya dengan budaya, adab resam, bahasa dan latar berlakang kebudayaan yang berlainan dan menjadikan negara ini menjadi tarikan masyarakat luar.
info yang lengkap tentang sejarah masyarakat malaysia, agak panjang ya....
BalasPadammemang terbaik banyak perkara yang baru yang dipelajari..
BalasPadamTerbaik untuk dijadikan pengajaran setiap masyarakat di Malaysia
BalasPadamIsi yang mantap tetapi terlalu panjang. Saya cadangkan untuk membuat isi secara point.
BalasPadam